Follow us on Instagram
Magic in Science (MIS) merupakan satu bengkel yang merangkumi empat eksperimen kecil iaitu Cyanotype: Art in Plant, Litar Doh!, Elephant Toothpaste dan DIY pH Card. Setiap eksperimen ini mengandungi konsep sains yang tersendiri untuk diterokai dan difahami oleh para peserta. Melalui aktiviti ini, peserta berpeluang menjalankan eksperimen-eksperimen yang menarik dengan bimbingan fasilitator yang berpengalaman. Pendekatan ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu peserta memahami konsep sains secara lebih mendalam melalui pembelajaran hands-on.
Cyanotype: Art in Plant
Eksperimen cyanotype merupakan satu aktiviti seni dan sains yang menggabungkan konsep tindak balas kimia dengan cahaya matahari. Melalui pendedahan kepada cahaya ultraungu (UV), larutan kimia khas akan bertukar warna dan menghasilkan imej berwarna biru. Aktiviti ini membantu pelajar memahami kesan cahaya terhadap bahan kimia serta menggalakkan kreativiti dalam pembelajaran sains.
Litar Doh!
Litar Doh! ialah aktiviti yang memperkenalkan konsep litar elektrik menggunakan doh konduktif dan doh penebat. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat membina litar mudah sambil memahami aliran arus elektrik dengan cara yang menyeronokkan dan selamat.
Elephant Toothpaste
Eksperimen Elephant Toothpaste merupakan demonstrasi tindak balas kimia yang menghasilkan buih dalam jumlah yang banyak. Tindak balas ini berlaku apabila hidrogen peroksida terurai dengan bantuan pemangkin. Aktiviti ini membantu pelajar memahami konsep tindak balas eksotermik dan peranan pemangkin dalam sesuatu tindak balas kimia.
DIY pH Card
Aktiviti DIY pH Card bertujuan memperkenalkan konsep asid dan alkali menggunakan bahan semulajadi sebagai penunjuk pH. Pelajar akan menghasilkan kad pH sendiri dan menggunakannya untuk menguji tahap keasidan atau kebasaan sesuatu bahan. Aktiviti ini menjadikan pembelajaran kimia lebih interaktif dan mudah difahami.
Rujuk file PDF di bawah untuk maklumat penyertaan.
MAKLUMAT PENYERTAAN MIS.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan di bawah
Pautan pendaftaran : DIY SCIENCE WORKSHOP (DSW)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Saudari Nur Sufiana Rosyami di talian 013-9846882.