Follow us on Instagram
Putra Science Art Challenge merupakan salah satu komponen aktiviti yang diadakan dalam Karnival Jom Sains @ Komuniti 2025. Aktiviti ini merupakan satu platform bagi para pelajar berkongsi dan menyerlahkan keunikan sains dari perspektif seni. Aktiviti ini mampu mengasah bakat para pelajar untuk menjadi lebih kreatif dalam penggunaan teknologi disamping menarik minat orang awam kepada ilmu sains. Di samping itu, melalui aktiviti ini juga para peserta akan lebih menghargai inovasi dan teknologi yang berada di sekeliling mereka dengan menggunakan sebaiknya dalam kehidupan harian mereka. Hal ini diharapkan dapat memupuk minat para peserta dalam menuntut ilmu sains serta mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Akhir sekali, bahan pamer yang telah siap dihasilkan oleh para peserta akan dipamerkan semasa karnival berjalan dan juga di laman web yang telah kami sediakan. Hal ini adalah bertujuan untuk menunjukkan bakat-bakat yang telah dipamerkan oleh para peserta kepada pengunjung dan dapat menyebarkan ilmu sains dengan lebih luas.
Daftar sekarang melalui pautan di bawah!
Pautan pendaftaran : https://forms.gle/dBFY8L3GQ9rosAb99
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Saudari Suhaili di talian 011-14440835.