Follow us on Instagram
Putra Water Rocket Challenge merupakan salah satu aktiviti komponen yang diadakan dalam Karnival Jom Sains @ Komuniti 2025. Aktiviti ini merupakan sebuah platform untuk memberikan inspirasi kepada para peserta menerokai bidang yang baru dalam bidang sains dan teknologi. Peserta diamanahkan dengan merancang, membina, dan melancarkan roket air untuk mencapai ketinggian maksimum dan menyelesaikan cabaran tertentu. Aktiviti ini mampu mengasah bakat para pelajar untuk menjadi lebih kreatif dalam penggunaan teknologi di samping menarik minat orang awam kepada ilmu sains.
Di samping itu, melalui program ini juga para peserta akan mendapat pendedahan tentang kepentingan sains dan teknologi serta memupuk minat melakukan eksperimen dalam mencapai kejayaan. Akhir sekali, diharapkan dapat memupuk minat para peserta dalam menerokai bidang sains dan teknologi dengan lebih mendalam. Diharapkan juga pertandingan membuka minda peserta mengenai aerodinamik, fizik, dan prinsip kejuruteraan secara praktikal dan menyeronokkan.
Daftar sekarang melalui pautan pendaftaran di bawah!
Pautan pendaftaran : https://forms.gle/AJwp72xrCZk72Vcj8
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Saudara Iqbal di talian 019-5813755