PENGENALAN
Follow us on Instagram
PENGENALAN
Karnival Jom Sains @Komuniti (KJS @Komuniti) ialah sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM). KJS @Komuniti merupakan kesinambungan daripada penganjuran program Karnival Jom Sains sebelum ini. Pada tahun ini, KJS @Komuniti memberi tumpuan kepada pendedahan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada komuniti setempat, di mana program ini akan diadakan secara eksklusif di Sekolah Sultan Alam Shah. Ia diadakan dengan matlamat untuk meluaskan jaringan dan memberikan impak yang lebih besar terhadap pendidikan STEM dalam kalangan murid. Karnival Jom Sains telah berjaya dianjurkan sebanyak enam kali. Kali terakhir Karnival Jom Sains diadakan adalah pada tahun 2024 yang melibatkan murid sekolah menengah dan murid sekolah rendah dari negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Hasil pembelajaran yang boleh diperoleh oleh murid melalui penganjuran KJS @Komuniti ialah murid dapat menyertai aktiviti berasaskan STEM secara langsung (hands-on) yang dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam subjek STEM. Bukan itu sahaja, murid juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti berteraskan STEM yang mampu memupuk kemahiran saintifik.
14 JUN 2025
MAJLIS PERWAKILAN FAKULTI SAINS (FaSSA),
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PAUTAN PENDAFTARAN
Atur cara Program:
PENUTUP
Dengan adanya program sebegini, diharapkan badan kepimpinan mahasiswa di UPM dapat menginovasi dan mencetus idea-idea baru yang dapat menaikkan visibiliti dan nama UPM di peringkat kebangsaan.
MAJLIS PERWAKILAN FAKULTI SAINS;
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM),
"KATALIS PEMBANGUNAN MAHASISWA"
@EKSEKUTIF PUBLISITI KJS @Komuniti 2025