Follow us on Instagram
Putra Science Talk Challenge merupakan salah satu komponen aktiviti dalam Karnival Jom Sains @ Komuniti 2025. Ianya merupakan sebuah platform penyampaian ilmu sains yang dilakukan secara santai dan kreatif kepada orang ramai melalui perkongsian pendapat dari pelbagai sudut pemikiran oleh peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi para pelajar ketika berhadapan dengan khalayak ramai. Aktiviti ini juga dilihat mampu merangsang para pelajar untuk berfikir secara kritis di samping melatih diri untuk lebih berkeyakinan dan berani semasa berada di atas pentas. Aktiviti ini adalah berbentuk pembentangan pengucapan yang disampaikan dalam tempoh masa selama 5 minit dengan tema “Penyelesaian STEM untuk Iklim yang Berubah” atau “STEM Solutions for a Changing Climate”.
Rujuk file PDF di bawah untuk syarat pertandingan.
SYARAT PSTC
Daftar sekarang melalui pautan pendaftaran di bawah!
Pautan pendafataran : PUTRA SCIENCE TALK CHALLENGE (PSTC)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
saudara Muhammad Fareez Afiq Mazalan di talian 019-9481149.