Follow us on Instagram
DIY Science Workshop (DSW) merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan sempena Karnival Jom Sains 2026. Program ini bertujuan menarik minat peserta untuk menjalankan eksperimen berasaskan sains seperti BIologi, Kimia dan Fizik secara kendiri. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk mengasah serta melatih kemahiran dalam mengendalikan radas dan bahan makmal yang mungkin di luar kebiasaan mereka. Selain itu, program ini turut mendedahkan peserta kepada kemahiran saintifik seperti pengendalian sampel, pelaksanaan pemerhatian serta analisis data secara sistematik, sekaligus mengukuhkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan peserta. Melalui penyertaan dalam DSW, peserta berpeluang menimba pengalaman baharu yang jarang diperoleh dalam pembelajaran di sekolah. DIY Science Workshop pada sesi ini menampilkan tiga aktiviti berbentuk bengkel yang menarik iaitu Magic in Science, Crime Scene Investigation dan Cosmetic Chemist. Program selama dua hari ini akan dilaksanakan secara bersemuka di makmal pengajaran sekitar Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.