Follow us on Instagram
Putra Science Talk Challenge merupakan salah satu komponen aktiviti dalam Karnival Jom Sains @ Komuniti 2025. Ianya merupakan sebuah platform penyampaian ilmu sains yang dilakukan secara santai dan kreatif kepada orang ramai melalui perkongsian pendapat dari pelbagai sudut pemikiran oleh peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah.
Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi para pelajar ketika berhadapan dengan khalayak ramai. Aktiviti ini juga dilihat mampu merangsang para pelajar untuk berfikir secara kritis di samping melatih diri untuk lebih berkeyakinan dan berani semasa berada di atas pentas. Aktiviti ini adalah berbentuk pembentangan pengucapan yang disampaikan dalam tempoh masa selama 5 minit dengan tema “Penyelesaian STEM untuk Iklim yang Berubah” atau “STEM Solutions for a Changing Climate”.
Daftar sekarang melalui pautan pendaftaran di bawah!
Pautan pendafataran : https://forms.gle/KE4ZgoVX8QEQxPnY7
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Saudari Fatin di talian 011-1985 4757