Ikuti Kami di Instagram
PUTRA Water Rocket Challenge (PWRC) merupakan sebuah pertandingan sempena Karnival Jom Sains 2026 yang memberi kepada para peserta untuk merancang, membina, dan melancarkan roket air. Aktiviti ini mengasah kreativiti pelajar dalam mereka bentuk dan membina roket air (water rocket) berasaskan konsep tekanan udara, aerodinamik dan kestabilan penerbangan.
Melalui Putra Water Rocket Challenge, peserta menjalankan eksperimen seperti menguji tekanan, sudut pelancaran dan reka bentuk sirip bagi meningkatkan jarak serta ketepatan roket. Akhir sekali, diharapkan program Putra Water Rocket Challenge ini dapat memupuk minat para peserta untuk menerokai bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan lebih mendalam serta menggalakkan pemikiran kritis, inovatif dan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar.
Rujuk file PDF di bawah untuk maklumat dan syarat penyertaan.
Daftar sekarang melalui pautan pendaftaran di bawah!
Pautan pendaftaran : PUTRA WATER ROCKET CHALLENGE (PWRC)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Saudara Aiman di talian 011-33265638.