Ikuti Kami di Instagram
Karnival Jom Sains (KJS) merupakan sebuah program tahunan anjuran Majlis Perwakilan Fakulti Sains (FaSSA), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertujuan untuk memupuk minat dan kesedaran terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.
Program ini berfungsi sebagai platform pendidikan interaktif yang menghimpunkan pelbagai pengisian seperti bengkel sains, pameran inovasi, aktiviti hands-on serta pertandingan berasaskan STEM. Melalui pendekatan yang interaktif dan praktikal, peserta berpeluang untuk memahami konsep sains dengan lebih mendalam serta melihat aplikasi sebenar sains dalam kehidupan seharian.
Sejak penganjuran awalnya, Karnival Jom Sains telah melibatkan penyertaan daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej vokasional dan institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia. Program ini juga menjadi medium penting dalam menggalakkan pembelajaran berasaskan pengalaman, di samping menyokong usaha memperkasa pendidikan STEM dan melahirkan generasi yang berpengetahuan, kreatif dan berinovasi.