Ikuti Kami di Instagram
Karnival Jom Sains 2026 (KJS 2026) dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Fakulti Sains (FaSSA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan sokongan dan kerjasama daripada pihak pengurusan Fakulti Sains serta pelbagai pihak berkepentingan.
Majlis Perwakilan Fakulti Sains merupakan badan perwakilan rasmi pelajar Fakulti Sains yang berperanan sebagai penghubung antara mahasiswa dan pihak fakulti, di samping menerajui pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi yang berfokuskan pembangunan akademik, sahsiah dan kepimpinan mahasiswa. Melalui penganjuran Karnival Jom Sains, FaSSA komited dalam menyediakan platform yang menyokong pengembangan ilmu pengetahuan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan FaSSA dalam memperkasakan peranan mahasiswa sebagai pemangkin kepada penyebaran ilmu, inovasi dan kesedaran terhadap kepentingan STEM dalam kalangan masyarakat. Dengan kerjasama pelbagai pihak, Karnival Jom Sains 2026 diharapkan dapat memberi impak positif serta menjadi medium yang efektif dalam memupuk minat dan kecemerlangan dalam bidang sains.