Ikuti Kami di Instagram
PUTRA Science Olympiad (PuSO) merupakan salah satu aktiviti komponen yang dianjurkan sempena Karnival Jom Sains 2026. Pertandingan ini berfungsi sebagai platform untuk menguji tahap pengetahuan akademik pelajar melalui ujian bertulis dan lisan. Soalan yang dikemukakan merangkumi empat subjek utama iaitu Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik.
Setiap ahli kumpulan dikehendaki memilih satu subjek sahaja. Pada peringkat awal, pertandingan akan dijalankan secara bertulis yang merangkumi soalan objektif dan subjektif. Empat kumpulan yang memperoleh markah kumulatif tertinggi akan dipilih untuk mara ke pusingan akhir. Pusingan akhir akan dijalankan dalam format kuiz secara langsung.
Rujuk file PDF di bawah untuk maklumat dan syarat penyertaan.
SYARAT PuSO
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan di bawah
Pautan pendaftaran : PUTRA SCIENCE OLYMPIAD (PuSO)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
saudari Nurul Iffah Abdul Rahim di talian 013-2526909.