Ikuti Kami di Instagram
PUTRA STEM Innovation Challenge (PSIC) merupakan satu aktiviti yang dirangka bagi menggalakkan pelajar sekolah menengah untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti inovatif yang merangkumi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk memupuk minat dan apresiasi terhadap bidang STEM dalam kalangan pelajar, di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis serta berorientasikan penyelesaian masalah. Sebagai komponen utama program, pertandingan inovasi akan memberi peluang kepada peserta untuk merancang, membangunkan dan mempersembahkan projek inovatif yang dihasilkan sendiri. Setiap pasukan atau individu dikehendaki mencipta atau menambah baik satu penyelesaian terhadap permasalahan tertentu dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip STEM secara sistematik dan praktikal.
Rujuk file PDF di bawah untuk maklumat dan syarat penyertaan.
Daftar sekarang melalui pautan pendaftaran di bawah!
Pautan pendaftaran : PUTRA STEM INNOVATION CHALLENGE (PSIC)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
saudara Muhammad Aqmal Syameer di talian 014-8419214.