Ikuti Kami di Instagram
PUTRA Science Skit Challenge (PSSC) merupakan aktiviti yang bertujuan menggabungkan elemen sains dan teknologi melalui medium seni persembahan. Pertandingan ini menjadi platform kepada para pelajar untuk mengekspresikan kefahaman mereka terhadap konsep sains secara kreatif melalui lakonan, penceritaan dan elemen dramatik. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan pembelajaran berasaskan pengalaman, malah membantu peserta mengaitkan teori sains dengan situasi dunia sebenar secara lebih interaktif dan menarik. Di samping itu, pertandingan ini diharapkan dapat memupuk minat pelajar dalam bidang sains, meningkatkan keyakinan diri, serta menggalakkan kerjasama berkumpulan. Persembahan sketsa terbaik akan dipertontonkan sepanjang karnival dan turut dikongsikan melalui platform rasmi sebagai bahan pendidikan dan hiburan.
Rujuk file PDF di bawah untuk syarat pertandingan.
SYARAT PSSC
Daftar sekarang melalui pautan pendaftaran di bawah!
Pautan pendafataran : PUTRA SCIENCE SKETSA CHALLENGE (PSSC)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
saudara Raqeeb Mukjizat Mahmur di talian 011-11225185.