Ikuti Kami di Instagram
PUTRA Science Art Challenge (PSAC) merupakan salah satu aktiviti komponen yang diadakan dalam Karnival Jom Sains 2026. Aktiviti ini merupakan satu platform bagi para pelajar berkongsi dan menyerlahkan keunikan sains dari perspektif seni. Aktiviti ini mampu mengasah bakat para pelajar untuk menjadi lebih kreatif dalam penggunaan teknologi disamping menarik minat orang awam kepada ilmu sains. Di samping itu, melalui aktiviti ini juga para peserta akan lebih menghargai inovasi dan teknologi yang berada di sekeliling mereka dengan menggunakan sebainya dalam kehidupan harian mereka.
Hal ini diharapkan dapat memupuk minat para peserta dalam menuntut ilmu sains serta mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, bahan pamer yang telah siap dihasilkan oleh para peserta akan dipamerkan semasa karnival berjalan dan juga di laman web yang telah kami sediakan.Hal ini adalah bertujuan untuk menunjukkan bakat-bakat yang telah dipamerkan oleh para peserta kepada pengunjung dan dapat menyebarkan ilmu sains dengan lebih luas.
Rujuk file PDF di bawah untuk maklumat dan syarat pertandingan.
SYARAT PSAC
Daftar sekarang melalui pautan di bawah!
Pautan pendaftaran : PUTRA SCIENCE ARTS CHALLENGE (PSAC)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Saudara Muhammad Azim Salim di talian 011-16430642.