Ikuti Kami di Instagram
PUTRA Science Talk Challenge (PSTC) merupakan platform komunikasi dan perkongsian ilmu sains dalam bentuk pengucapan awam. Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menyampaikan idea, dapatan, inovasi atau isu-isu semasa berkaitan sains secara sistematik, jelas dan meyakinkan kepada khalayak ramai. Melalui pendekatan komunikasi sains yang berkesan, peserta bukan sahaja digalakkan untuk memahami kandungan saintifik secara mendalam, malah turut diasah dari segi kemahiran berfikir secara kritis, menyusun hujah serta menyampaikan maklumat dengan gaya yang menarik dan mudah difahami. Penganjuran PSTC diharapkan dapat melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja celik sains, tetapi juga mampu menjadi penyampai ilmu yang berkeyakinan dan berpengaruh dalam memupuk minat masyarakat terhadap bidang sains dan teknologi.
Tema “Beyond Limits: Green Science for Global Survival,” menekankan peranan teknologi hijau dan inovasi lestari. Setiap pasukan akan menyampaikan ceramah selama 5 minit, disokong oleh satu slaid PowerPoint statik dan prop pilihan yang tidak berbahaya. Pembentangan mesti asli, mematuhi garis panduan etika, dan mengelakkan kandungan sensitif. Keputusan hakim adalah muktamad, dan pembentangan yang dipilih mungkin dipaparkan di platform rasmi untuk tujuan pendidikan dan promosi.
Terbuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara, penyertaan adalah secara berpasukan terdiri daripada tiga orang dengan yuran pendaftaran sebanyak RM15 bagi setiap pasukan. Pertandingan akan diadakan pada 15 April 2026, dengan pendaftaran ditutup pada 23 Mac 2026. Semua perbelanjaan berkaitan adalah tanggungjawab peserta. Sijil akan diberikan kepada semua peserta, dengan hadiah menarik untuk pemenang.
Rujuk file PDF di bawah untuk syarat pertandingan.
SYARAT PSTC
Daftar sekarang melalui pautan pendaftaran di bawah!
Pautan pendafataran : PUTRA SCIENCE TALK CHALLENGE (PSTC)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
saudara Muhammad Fareez Afiq Mazalan di talian 019-9481149.