Ikuti Kami di Instagram
Cosmetic Chemist merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Jom Sains 2026 yang merangkumi bengkel penghasilan sabun dan losyen. Bengkel ini memberi peluang kepada para peserta untuk menghasilkan produk kosmetik mereka sendiri melalui eksperimen yang berasaskan konsep kimia. Melalui aktiviti ini, peserta bukan sahaja dapat memahami teori secara praktikal, malah berpeluang mengaplikasikan pengetahuan kimia seperti konsep emulsi, surfaktan dan polimer dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini juga mampu mengasah serta melatih kemahiran peserta dalam mengendalikan radas makmal dan bahan kimia yang mungkin luar daripada kebiasaan mereka. Secara tidak langsung, bengkel ini dapat meningkatkan minat dan kesedaran peserta terhadap aplikasi kimia dalam industri kosmetik serta membuka perspektif baharu mengenai kerjaya dalam bidang sains.
Penghasilan Sabun
Aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk memahami tindak balas kimia saponifikasi, di mana minyak kelapa bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan sabun serta menguji pH sabun yang dihasilkan untuk memahami hubungan antara kepekatan ion hidroksida dan tahap kealkalian.
Penghasilan Losyen
Aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk memahami tindak balas kimia di mana pengemulsi berfungsi untuk mencantumkan zarah-zarah minyak dan air untuk menghasilkan losyen yang berfungsi untuk memberikan kelembapan kepada kulit.
Rujuk file PDF di bawah untuk maklumat penyertaan.
Daftar sekarang melalui pautan pendaftaran di bawah!
Pautan pendafataran : DIY SCIENCE WORKSHOP (DSW)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Saudara Umar Al-Faruq Saifuddin di talian 011-28327520.